PENGUASAAN SIFIR DALAM KEMAHIRAN MENGIRA DI KALANGAN
MURID-MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
TAMIL LADANG EDENSOR, MENTAKAB,PAHANG
TELAGAWATY A/P MURTHY
810129 – 06 - 5484
NO.ID 20102040816
KONTEKS
Penyelidik telah melaksanakan penyelidikan kajian dalam kontek bilik darjah. Penyelidik telah memilih kontek ini kerana bilik darjah salah satu asas kepada sekolah. Bukan sahaja asas malah kecemerlngan sebuah sekolah bermula di bilik darjah. Oleh demikian, penyelidik berasa bilik darjah adalah satu tempat yang sesuai untuk kajian ini.
Penyelidikan ini akan dijalankan di Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Edensor, Mentakab, Pahang. Kelas ini dipilih kerana penyelidik adalah guru Matematik dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah tersebut selama enam tahun. Ini akan memudahkan penyelidik menjalankan kajian, mengumpul serta menganalisiskan data berkaitan. Selain daripada itu, Kelas ini dipilih kerana sekolah ini mempunyai segala kelengkapan fizikal bagi menjalankan apa jua penyelidikan atau kajian pendidikan. Ini termasuk endrolmen pelajar yang mencukupi, aktiviti-aktiviti Matematik yang menggalakkan, persekitaraan kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran.
Pengenalan
Mengira adalah salah satu aspek dalam 3m. Ia juga salah satu aspek yang penting dalam proses pembelajaran bagi seseorang kanak-kanak. Penguasaan sifir adalah aspek yang paling mustahak dalam mengira bagi seseorang murid. Sifir adalah sebagai kemahiran asas untuk mengira. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini di peringkat awal persekolahan akan membantutkan perkembangan intelektual mereka. Murid yang lemah dalam penguasaan sifir bukan sahaja lemah dalam mengira malah lemah juga dalam mata pelajaran Matematik.
ISU/KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Guru-guru Matematik menghadapi masalah penguasaan sifir semasa proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa mengajar topik darab dan bahagi. Begitu juga keadaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Edensor, Mentakab, Pahang, dimana guru-guru Matematik mendapati murid–murid sekolah ini sangat lemah dalam penguasaan sifir.
Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran pada topik darab dan bahagi di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada penguasaan sifir. Masalah lemah dalam penguasaan sifir begitu ketara dikalangan murid Tahun 4 di sekolah ini.
Guru-guru Matematik terpaksa melatih murid-murid membaca sifir semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu menumpukan perhatian yang penuh pada sifir bila mengajar topik darab dan bahagi. Pada masa yang sama guru-guru juga perlu memberi tumpuan yang lebih dalam pengiraan. Disamping itu, guru-guru juga menjalankan kelas pemulihan bagi murid-murid yang lemah dalam pengiraan.
Penguasaan sifir menjadi satu masalah yang merumitkan pengajaran dan pembelajaran topik darab dan bahagi dalam bilik darjah. Murid-murid Tahun 4 harus menguasai sifir pada Tahun 3 dan menggunakan sifir untuk mengira ayat matematik topik darab dan bahagi yang diberi oleh guru.
Pencapaian murid-murid Tahun 4 ini dalam mata pelajaran Matematik dalam Ujian Penilaian menunjukkan bahawa hampir 20% murid gagal menguasai tahap yang minima iaitu Gred C. Dari segi bilangan murid memperolehi gred cemerlang iaitu Gred A juga tidak menggalakkan berbanding kelas-kelas lain di sekolah ini.
Masalah pengiraan pada soalan yang melibatkan darab dan bahagi yang diberi merupakan masalah yang sangat ketara dikalangan murid-murid Tahun 4 di sekolah ini. Murid-murid juga mengahadapi masalah daab dan bahagi yang sama dalam topik yang lain seperti timbang, isipadu dan lain-lain lagi. Ini kerana murid-murid perlu menyelesaikan pengiraan darab dan bahagi dalam topik tersebut.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan sifir dalam kemahiran mengira dikalangan murid Tahun 4 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Edensor, Mentakab, Pahang. Penguasaan sifir merangkumi kebolehan murid mengira untuk mendapat markah yang cemerlang. Penyelidik juga mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi halangan bagi murid-murid Tahun 4 untuk menguasai sifir. Faktor-faktor seperti latar belakang murid, tahap pendidikan ibu bapa, sokongan ibu bapa, persekitaraan sekolah serta pengaruh rakan sebaya serta kemahiran menghafal.
PELAN TINDAKAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat penguasaan sifir murid-murid Tahun 4 dapat mengira pada ayat Matematik yang diberi. Disamping itu, kelemahan-kelemahan dan kesalahan-kesalahan murid yang dibuat secara kerap dalam pengiraan darab dan bahagi serta mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi penghalang bagi penguasaan sifir dikalangan mereka.
Populasi dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Edensor, Mentakab, Pahang. Kelas ini mempunyai seramai 14 orang murid dan sebagai sampel penyelidikan ini. Murid-murid ini dipilih secara rambang daripada kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah.
Dalam konteks ini, murid Tahun 4 dipilih kerana mereka adalah kumpulan akan bakal menghadapi peperiksaan awam iaitu Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun yang akan datangnya. Tambahan lagi, sebahagian daripada kumpulan pelajar ini telah pun menamatkan Tahap satu dalam alam pendidikan rendah.
Penyelidikan ini berbentuk tinjauan yang merangkumi teknik temu bual dan pemerhatian untuk melihat kebolehan penguasaan sifir dan faktor-faktor yang menjadi penghalang untuk mendapat markah yang cemerlang. Dalam kajian ini murid-murid akan menjalani Ujian 1 hingga Ujian 5 dan seterusnya satu sesi temu bual. Data-data yang dikumpul akan dihuraikan secara kualitatif.
Ujian 1 adalah menghafal sifir. Guru akan memastikan murid-murid menghafal sifir 2 hingga sifir 9. Manakala Ujian 2 pula melengkapkan jadual sifir dalam dua minit. Seterusnya, Ujian 3 pula adalah menjawab kuiz sifir. Kemudian murid akan menduduki ujian 4 dan ujian 5 iaitu menjawab soalan darab dan bahagi. Ujian-ujian tersebut akan dijalankan pada waktu Program Bijak Sifir iaitu dari 7.15 pagi hingga 7.45 pagi pada hari Khamis.
Ujian 1 - Menghafal Sifir.
Ujian 2 - Melengkapkan Jadual Sifir
Ujian 3 - Menjawab Kuiz Sifir
Ujian 4 - Menjawab Soalan Darab
Ujian 5 - Menjawab Soalan Bahagi
Pada bermulaan iaitu minggu pertama penyelidik menjalankan satu temu bual dikalangan murid Tahun 4 untuk mengenalpasti masalah murid untuk menyelesaikan soalan darab dan bahagi. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa faktor penghalang bagi murid-murid Tahun 4 untuk menyelesaikan soalan darab dan bahagi adalah sifir. Setelah mengenalpasti kelemahan pelajar, penyelidik telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan teknik menghafal sifir 2 hingga sifir 9.
Penyelidik juga memberi latihan menghafal sifir pada minggu kedua hingga minggu ketiga. Selepas latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid-murid Tahun 4, didapati ada peningkatan dalam penghafalan sifir. Kemudian penyelidik melaksanakan ujian 1 pada minggu kelima untuk menguji sejauh manakah murid menguasai sifir. Penyelidik menjalankan aktiviti pemulihan bagi murid yang belum mengusai sifir dan aktiviti pengayaan untuk memperkukuhkan lagi menguasaan sifir bagi murid yang menguasai.
Seterusnya penyelidik, menjalankan ujian 2 iaitu melengkapkan jadual sifir dalam dua minit pada minggu keenam. Dalam ujian ini penyelidik memberi 2 markah bagi setiap sifir dan 4 markah bagi kepantasan murid. Pada minggu keempat pula penyelidik menjalankan ujian 3 iaitu menjawab kuiz sifir dalam masa yang ditentukan. Ujian 3 ini mengandungi 20 soalan sifir. Setiap solan betul diberi 2 markah dan 10 markah untuk kepantasan murid. Ujian seterusnya adalah ujian 4 dan ujian 5. Ujian 4 dan ujian 5 iaitu menjawab 25 soalan darab dan 25 soalan bahagi pada minggu ketujuh dan kelapan. Pada minggu kesempilan, penyelidik mengumpul data dan analisis data untuk melihat peningkatan dan penguasaan murid-murid Tahun 4.
STRATEGI PENGUMPULAN DATA Keputusan-keputusan ujian yang telah dikumpul akan dinilai dan diberi markah berdasarkan jenis kriteria item ujian. Skor tersebut akan ditukarkan kepada peratusan untuk melihat perbandingan pencapaian antara murid-murid. Semua keputusan dari murid-murid akan dicatatkan dalam borang semak.
Data-data kajian akan dianalisis dengan menggunakan cara manual. Komputer digunakan untuk mempamerkan dapatan analisis dalam bentuk jadual dan carta bar. Persembahan data dalam bentuk jadual dan carta ( carta bar, carta garisan, carta pie ) memudahkan penyelidik merumus dapatan-dapatan kajian. Hasil penganalisisan data sama ada data deskriptif ataupun inferensi akan dibentang dalam bentuk jadual supaya memberi gambaran yang jelas. Data-data yang dikumpul akan dihuraikan secara kualitatif.
ANALISIS DAN PENEMUAN
Jantina | Bilangan |
Lelaki | 10 |
Perempuan | 4 |
Jumlah | 14 |
Jadual 1 : Profil Murid Mengikut Jantina
Jadual 1 menunjukkan profil muird mengikut jantina. Seramai 10 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan telah dipilih untuk kajian ini.
Gambarajah di bawah pula menunjukkan dapatan temu bual yang menerangkan penguasaan murid dalam sifir sebelum kajian.
Gambarajah 1 : Analisis Data Penguasaan Sifir Melalui Temu Bual
Setelah mengenalpasti kelemahan pelajar, penyelidik telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan teknik menghafal sifir 2 hingga sifir 9.Penyelidik juga memberi latihan menghafal sifir pada minggu kedua hingga minggu ketiga. Selepas latihan dan bimbingan yang diberi kepada murid-murid Tahun 4, didapati ada peningkatan dalam penghafalan sifir. Kemudian penyelidik melaksanakan ujian 1 pada minggu kelima untuk menguji sejauh manakah murid menguasai sifir. Gambarajah seterusnya menunjukkan keputusan ujian 1.
Gambarajah 2 : Analisis Data Penguasaan Sifir Dalam Ujian 1
Jantina | Sifir 2-3 | Sifir 2-5 | Sifir 2-7 | Sifir 2-9 |
Lelaki | 0 | 1 | 4 | 5 |
Permpuan | 0 | 0 | 1 | 3 |
Jumlah | 0 | 1 | 5 | 8 |
Jadual 2 : Penguasaan Sifir Dalam Ujian 1
Jadual 2 menunjukkan bahawa hanya terdapat 1 orang murid ( 7% ) berada dalam tahap minima, iaitu menguasai sifir 2 hingga sifir 5. Manakala murid menguasai sifir 2 hingga sifir 7 meningkat ke 5 orang murid. Terdapat 8 orang murid mencapai tahap cemerlang iaitu dapat menghafal sifir 2 hingga sifir 9.
Jadual seterusnya pula menunjukkan markah pencapai murid-murid Tahun 4 mengikut jantina bagi ujian 2 iaitu melengkapkan jadual sifir dalam dua minit. Jumlah markah adalah 20 iaitu 2 markah bagi setiap sifir dan 4 markah untuk kepantasan murid.
Jantina | 8 markah | 12 markah | 16 Markah | 20 markah |
Lelaki | 0 | 1 | 5 | 4 |
Perempuan | 0 | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 0 | 2 | 6 | 6 |
Jadual 3 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 2 Mengikut Jantina
Gambarajah 2 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 2
Gambarajah 2 menunjukkan pencapaian murid dalam ujian 2. Hanya 2 orang murid iaitu 14 peratus sahaja mendapat markah minima iaitu 12 markah. Manakala 12 orang murid iatu 86 peratus mendapat markah yang cemerlang iaitu dari 16 hingga 20 markah.
Gambarajah seterusnya pula menujukkan hasil dapatan ujian 3 iaitu menjawab kuiz sifir. Penyelidik mengemukakan 20 soalan. Setiap soalan yang betul diberi 2 markah dan diberi 10 markah bagi kepantasan murid. Maka, jumlah markah adalah 50 markah.
Gambarajah 3 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 3
Jantina | 20 markah | 30 markah | 40 Markah | 50 markah |
Lelaki | 0 | 1 | 4 | 5 |
Perempuan | 0 | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 0 | 2 | 5 | 7 |
Jadual 4 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 3
Jadual 4 pula menerangkan analisis pencapaian murid dalam ujian 3. Berdasarkan jadual 4 12 orang murid mendapat markah cemerlang. Manakala hanya 2 murid sahaja mendapat markah yang minima iaitu 30 markah.
Gambarajah 4 dan 5 menunjukkan analisis pencapaian murid dalam ujian 4 dan 5. Dalam ujian 4 dan ujian 5 merangkumi 25 soalan dalam setiap ujian. Murid menjawab 25 soalan darab dan 25 soalan bahagi. Murid-murid dinilai dalam gred iaitu A,B,C, dan D.
Jantina | A | B | C | D | E |
Lelaki | 4 | 5 | 1 | 0 | 0 |
Perempuan | 1 | 1 | 2 | 0 | 0 |
Jumlah | 5 | 6 | 3 | 0 | 0 |
Jadual 5 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 4
Gambarajah 4 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 4
Jantina | A | B | C | D | E |
Lelaki | 3 | 5 | 2 | 0 | 0 |
Perempuan | 1 | 1 | 2 | 0 | 0 |
Jumlah | 4 | 6 | 4 | 0 | 0 |
Jadual 6 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 6
Gambarajah 5 : Analisis Pencapaian Murid Dalam Ujian 5
Bersarkan jadual 5 dan jadual 6 serta gambarajah 4 dan gambarajah 5 tiada seorang pelajar pun gagal dalam ujian 4 dan ujian 5. Murid-murid Tahun 4 berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam ujian a dan ujian 5. Murid-murid yang mendapat markah cemerlang pula ada peningkatan.
REFLEKSI DAN IMPLIKASI
Daripada analisis ujian 1 hingga 5, didapati bahawa murid-murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan ( Tamil ) Ladang Edensor boleh menguasai sifir sekiranya langkah-langkah penyelidik. Murid-murid perlu menguasai sifir dan guru-guru perlu ditekankan penguasaan sifir pada tahap satu. Apabila murid-murid sudah menguasai sifir , maka mereka dapat menjawab soalan darab dan bahagi dengan senang dan betul.
Penguasaan sifir adalah satu aspek dan satu proses yang penting dalam kemahiran mengira. Proses ini adalah yang berterusan dan mempunyai langkah-langkah yang sistematik. Sekiranya proses yang digunakan oleh para guru adalah betul, maka hasil yang didapati juga baik dan bermutu. Tidak dinafikan bahawa bimbingan dan bantuan guru dalam kelas membantu murid-murid menguasai sifir .
Kajian ini telah membantu penyelidik untuk mengenalpasti masalah murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Edensor, Mentakab, Pahang dalam penguasaan sifir dalam kemahiran mengira . Guru-guru Matematik yang lain juga perlu mengikuti langkah-langkah penyelidik untuk membanteras masalah menguasai sifir.
RUJUKAN
Dalute, C., Campbell , C., Griffin , T.M., Reddy., M., & Tivnan, T. Young Authors’ Interactions With Peers And A Teacher : Toward a Developmentally Sensitive Sociocultural Literracy Theory. In C. Dalute(Ed.), The Development Of Literacy Through Social Interaruction,San Francisco : Jossey-Bass, 1993.
Flower, L., & Hayes, J.A Cognitive Process Theory Of Writing, College Composition and Communication, 1981.
Goh Ying Soon, Kemahiran Mengira, PTS Profesional Publishing,Kuala Lumpur , 2006.
Panduan Am, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur .
HARAP KAJIAN SAYA MENOLONG ANDA
Play Online Slots | Jtm Hub
ReplyDeleteIt's the year 2000 논산 출장샵 when Jumba Vegas became the world's first casino, 전주 출장안마 and it's the year 사천 출장안마 of the casino-casino industry. This 대구광역 출장샵 is the year that 김제 출장마사지 the